Tuesday, June 25, 2013

Why so serious ~~~

Assalamualaikum ... Annyeong :)

 Hye!
Actually aq bosan sangat ..
dah lost energy mok update itu ini ..
telampau banyak sangat akaun laman sosial aq ne.
Hehehehehe ... saja gara2 nak ignore seorang yang digelar
"Betrayer" ..

Memandangkan aq agak agresif dalam 2 3 ari ne..
yup .. so membuang masa laa dengan typing2 ne.
Sambil ditemani lagu2 uppa kesayangan Gdragon .. :)



Ok Bye!


Wednesday, June 19, 2013

King of Korean Rapper! G-Dragon

Assalamualaikum .. Annyeong :)

Holla guys! ..
hmmpp hmmpp hmmpp .. :)
Actually aq malas sangat nak update blog ne.
Bosan sangat asyik dok umah jak ..
Dah pegi interview ari tu, tapi macam takda
sound jak ..

Wednesday, June 12, 2013

Cara Atasi Insomnia

Assalamualaikum .. Annyeonghaseyo :)



Insomnia ..??
Sapa tak tawu gejala insomnia ne kan ..
sekali lagi saya perjelaskan di sini
Insomnia atau masalah tido ne bole didefinisikan sebagai
masalah dalam kesukaran mok mulakan tido atau mok pertahankan
tido anda selepas terjaga.

Antara punca utama masala ne terjadi adalah disebabkan oleh
Stress yang korang hadapi.
Aq pena jugak alami masala sebegini time kolej dulu..
Sebab terlampau stress nak buat assigment.
Hahahaha, tak laa lama .. kesukaran nak tido dipermulaan itu jak
actually .. tapi buang masa dengan online, then akhirnya
sejam 2 jam camtu, dah mengantuk dah.

Bahaya jugak tau kalo ada sesapa yang menghidap gejala
ne yg dah tahap gaban orang cakap .. kesihatan pon terjejas,
antibody pon tak kuat then bole hidap penyakit bahaya jugak tau..
Ish ish ish ..

Ne aq nak sharing2 antara cara2 nak atasi insomnia ne .
Jom!!




  • Mandi Air Hangat dapat membantu tubuh anda menjadi lebih rileks. Namun perlu untuk diperhatikan tidak melakukan ini terlalu berlebihan. Menggunakan bath salts atau Epsom salt dan baking soda pada saat berendam juga dapat membantu anda menjadi rileks sekaligus membuang toksik dari tubuh.
  • Jika anda tidur bersama pasangan, mungkin anda bole meminta bantuan pasangan anda untuk memberikan sedikit pijatan sebelum tidur. Usapan dan pijatan kecil pada wajah dan kulit kepala dapat melepaskan stress dan membuat otot-otot anda menjadi lebih rileks.
  • Dengarkan musik yang menenangkan, lembut, yang mampu membuat anda tidur. Ternyata, diluar sana juga ada CD yang memang dijual khusus untuk membantu mereka yang mengalami susah tidur, seperti suara irama ombak, atau detak jantung, dan lain sebagainya. Irama ini dapat membantu anda masuk dalam tidur anda.
  • Minum segelas susu 15 minit sebelum tidur dapat membantu menenangkan system saraf anda. Di dalam susu terkandung kalsium yang mampu bekerja secara langsung membuat saraf anda menjadi lebih rileks.
  • Berhentilah beraktiviti paling tidak satu jam sebelum anda tidur. Hindari kegiatan-kegiatan seperti membaca novel, bermain game, atau menonton tv yang membuat otak anda bekerja keras.
  • Teratur dalam berolahraga juga dapat membantu tubuh anda bekerja lebi maksima untuk melawan stress. Hal ini tentunya baik untuk kesihatan dan juga dipercaya mampu mengatasi masalah tidur anda.







Walau bagaimanapun, sentiasa laa beristigfhar tiap malam ..
buat solat istikhara, kalo benar2 tidak dapat menghindari dari gejala bahaya
ini .. Kalo tips2 di atas langsung tidak membantu anda,
sebaiknya berjumpa laa dengan pakar perubatan ato doktor
untuk merubat diri anda..



Thanx for visiting!

8 Tips Diet Mudah by Kevin Zahri

Assalamualaikum .. Annyeonghaseyo :)


Kevin Zahri yang dikenali juga sebagai Cikgu Fitness
atau pakar kecergasan dan pemakanan di Malaysia ..
merupakan seorang yang arif dan menitikberat tentang
pengambilan makanan yang seimbang untuk kesihatan badan kita.
Tidak kira semasa kita dalam proses diet ataupun dalam pantang sekalipun..

Kat sini aq nak share salah satu tips yang bermanfaat untuk para2
ibu ato kakak2 yang mengamalkan diet untuk mengurangkan
masala berat badan yang mereka tampung ..
hehhehehe ..
jom!!



1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.
Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.
3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

4. Lengkapkan Dengan Protein
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.
Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.
7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Thanx for visiting guys!

Tuesday, June 11, 2013

Jumpa jugak Korang! Running Man :)

Assalamualaikum .. Annyeonghaseyo :)


DON'T WALK, RUN!

Yes!

Finally belek2 blog len .. jumpa jugak blog Running Man ne..
yang bestnyaa dya siap post lagi semua episode diorang
dari episode 1 smpai episod 146 .. episod yang len belom update lagi kot.
hikhikhikhik .. kadang2 nak tgok youtube lmbat sangat laa ..
paham2 laa, line tak laa spantas ular .. 
so, ada jugak seorang hamba Allah rajin nak mampos update episod RM ne ..
Memang addicted sangat laa teww.. Hehehehe . Makseh adek.
eh!, adek kerr..?? tak pa laa.. mana2 jak laa kan :)

Sesapa yang ketinggalan episode Running Man ne .. bole Klik SINI.
Beserta dengan English Subtitle taw kepada sesapa yang x paham 
bahasa korea ne ..
hahahahahaha .. agak2 arhh, kebanyakn teenager skarang kalo dah addicted
sesuatu, bahasa pon dorg bole paham taw.. haaa, jan silap.
salah satunyaa aq laa tu ..
cehwahhh!!
kikikikikikiki
XD


Update on 2015:

Boring2 ne aku baca balik laa apa yg ditaip aku taun2 yang lalu ne, since ada ceta2 aku yg tidak 'up-to-date' laahh sangat katanya .. so aku pun merajinkan balik mengatur apa2 benda yg dah xbole di view lagi. Bila baca bab ne, aku cuba laa klik balik link yg aku beri kat atas tu, tapi ternyata 'blog not found' lahh pulaaakk .. so sekarang mmg ndak usha blog2 skema macam tu lagi. Aku dah letak page drama ato tv program yg salu aku layan macam running man ne kat menu page atas tu kotak 'Korean Drama  Film'. So have a relax watching yeorobeun! ^^




Kalo nak jengok profile tentang dorang ne ..
boleh Klik SINI .




Monday, June 10, 2013

Interview Session

Assalamualaikum .. Annyeong :)

Alhamdulillah .. interview dah pun tamat ..
But, i think dah dapat .. tapi dya kata ada
second interview lagi ..
keputusan shortlist yg terpili..
Tup2 , aq yakin aq tak terpilih ...
sebab kebanyakan experience aq pon tak laa
more to office punya..
aq banyak part time dalam F&B industri...

Dalam tengah isi borang tadi ..
ada sorang mamat jugak tengah
tunggu giliran dya kena interview..
ada laa borak sikit2 .. tak lama, sebab
dya tawu aq tengah sebok
isi borang ..
hahahahahaha :)

Time part aq, memang nebes jugak laa bila part
masuk opis and sesi berborak pon start ..
Tapi yang paling aq pelik .. dah bnyak dah aq isi
pasal diri aq ne ..then he said,
" Tell me about urself .. ??"
huh ..???? dalam pikiran aq. Dah bejam2 aq buat resume kat umah
ambik setengah jam lagi isi borang dekat sana .. cuba laa tanya soklan laen kan ..
huhuhu .. pelik jugak..
Tapi memandangkan itu adalah prosedur nyaa, so
aq ceta laa pasal diri aq.. x banyak.. sebab aq rasa sangat kekok.
Tersangat laa kekok.
arrggghhh .. T_T




But i'm glad dapat tempuhi jugak interview ne ..
Bangun pagi td pon memang rasa beart sangat badan ..
Hati pon macam tak suro pegi ..
ntah pulak knapa .. sehingga la aq smpai kat pintu security tadi, baru
rasa lega sikit .. memang aq perlukan kerja sekarang ..
bosan dok ruma ..
asyik lemas badan jak .. Bapa pon balik2 ckap buat apa nak pegi interview..
keja jak dengan dya .. dya bagi gaji 2k.. hahahaha..
dalam hati aq tertawa ..
hahaha .. one day laa pa, now, is not the right time..
Yesterday lagi dah rasa berat hati nak pegi interview ne, then baru td print
ic kat bawa .. tup2 bole tertinggal pulak ic aq
gara2 kelam kabut ..
hahahaha ..
Tapi tu laa aq kuatkan hati aq, and aq pegi jugak interview tu..
Tu laa " if u never try, u'll never know the result " kan ..
sekarang dah tawu .. so, Redha laa dengan ilahi Ta'ala :)



Thursday, June 6, 2013

Cara Penurunan Berat Badan dengan Cepat & Sihat

Assalamualaikum .. Annyeonghaseyo :)

Salam jumaat :) ..
Di hari yang sangat mulia ne, aq nak share
tentang penurunan berat badan yg terbaik untuk korang ..
Mana taknyaa, berat aq sendiri ne pon
dah makin naik ..
Stress bila tengok timbangan dah nak
dekat2 dengan angka 6..
Mashaa allah, bagi seorang remaja macam aq ne
agak seram jugak bila dah naik angka 6.