Wednesday, June 19, 2013

King of Korean Rapper! G-Dragon

Assalamualaikum .. Annyeong :)

Holla guys! ..
hmmpp hmmpp hmmpp .. :)
Actually aq malas sangat nak update blog ne.
Bosan sangat asyik dok umah jak ..
Dah pegi interview ari tu, tapi macam takda
sound jak ..
Lagipun aq macam tak sedia nak keja otel ne.
Ntah laa, i dunno what im gonna do for the rest of my life ne..
Macam bad luck jak. eh..??
Ato aq sendiri yang tak move on
untuk perbaiki diri aq sendiri ..
Okey laa, dah dah dah ..
Jiwang2 pulak aq d petang ari ne..




Haaaa :) ...
Aq ada beli Majalah Klik ne minggu lepas .. 
Edisi untuk bulan jun..
bru ari ne jugak laaa
aq dapat baca dengan jelas. Before ne belek2 kejap jak
sebab takda masa nak baca betol2.
(Nampak sangat tak suka baca buku)
ahahahahaha :)




The main point aq nak update ne
actually aq nak share pasal
King of Korean Rapper
Aigooooooooo T_T
G-Dragon Oppa!!!! (screamm out loud)~~
yang baru sahaja release album solo keduanya.

Ternyata percubaan solo keduanya ne memang
benar2 mengangkat G-Dragon oppa sebagai selebriti
yang sangat menonjol di kalangan artis Kpop yang ada
sekarang ne..
 
Before aq copy paste interview yang diajukan ..
Aq nak share korang short profile tentang
oppa kesayangan ne ..
cehwahhh!! .. hahahaha






Full Name: Kwon Ji Yong
Nickname: G-Dragon, Jiyong, GD
Age: 25 y/o (2013)
Date of Birth: 18 August 1988
Origin: Seoul, Korea
Height: 177cm
Weight: 58kg
Blood Type: A
Music Label: YG Entertainment

Twitter:
IBGDRGN

Instagram:
www.instagram.com/xxxibgdrgn 
XXIBGDRGN



Menurut Informasi yang diberikan oleh Majalah Klik ini,
Jiyong bakal muncul dengan album solo jepun pada tahun ini.
Jiyong jugak pernah bersama SM Entertainment sebagai pelatih
selama 5 tahun dan turut diiktiraf sebagai 
" idola paling rajin " oleh majalah Forbes.

Jiyong merupakan artis solo Korea pertama yang berjaya
menganjurkan konsert di 4 buah Dome utama Jepun.
Tidak hairan laa dya jugak terkenal sebagai pelopor
fashion di kalangan artis2 Kpop.




BERBAKAT

G-Dragon atau sinonim dengan GD bukan jak
rapper/penyanyi yang mengetuai Big Bang. Dalam masa yg sama,
dya jgak merupakan komposer dan penerbit muda
yang berbakat besar di korea.

Kredibilitinya dilihat semakin menyerlah selepas dya tampil dengan album
solo pertamanya "Heartbreaker" pda tahun 2009.
Eventhough kemunculan pertamanya itu
menimbulkan pelbagai kontroversi
yang aq sendiri pon kurang pasti
kontroversi apakah itu,
namun, ia merupakan percubaan berani yg menguji
kredibiliti Jiyong sebagai karyawan sejati.
Sejak tu, one by one karyanya yg menawarkan
kelainan membuka mata ramai peminat dan
pemerhati muzik.



Ternyata dengan edisi G-Dragon untuk kali ne
memuatkan 4 page skaligus, membuka mata aq untuk mendengar
jawapan2 dari soalan yg diajukan ..
dengan itu .. seperti yang anda lihat pic di atas
adalah page interview untuk Jiyong Uppa!
Aq akan share interview itu untuk sekali lagi kepada
VIP2 Big Bang & Jiyong uppa!!
Aja!! (jom!)






INTERVIEW WITH G-DRAGON




Bagaimana GD boleh meminati Rap & Hip Hop?

"Masa tu, saya berusia 9 tahun. Saya dengar "C.R.E.A.M"
dripada Wu Tang. Sebelum tu, saya tak tahu pasal Hip Hop @ Rap.
Sebelum fenomena Kpop, saya cuma dengar lagu2 biasa dari korea.
Saya cuma mengikut koreografi yang ada sebagai rutin.
Actually saya tak berminat pun nak jadi penyanyi, sebaliknya
saya suka menari.

Saya mula meminati rap selepas diperkenalkan oleh kawan.
Ia memang memeranjatkan. Semenjak itu,
saya mula mencari lebih banyak album rap.
Masa zaman takda internet dulu, semuanya susah nak cari.
Masa sekolah tinggi barulah saya menulis lirik sendiri.
Masa tu memang sangat kelakar.
Malah masa tu jugak saya lebih tertumpu pada rap korea.
Ia banyak terdapat dalam kelompok underground yang bergerak
secara sendiri."




GD nak jadi Rapper tapi kenapa Debut dalam Group?

"Mula2 dulu, saya tak tahu apa akan jadi.
Saya tak tahu banyak benda. Saya & Taeyang
merupakan pelatih di YG Entertainment. Jadi,
saya ingat kami akan debut sebagai duo hip hop.

Tak lama selepas tu, label memutuskan untuk
menubuhkan group. Saya tak berapa minat. Malah, tak suka dengan idea
tersebut. Masa Big Bang ditubuhkan, saya cuma kenal T.O.P
sebab kitaorang memang berkawan sejak kecil lagi.
Lagi dua orang Daesung & Seungri, saya tak kenal.
Tapi kitaorang habiskan masa bersama dengan berlatih.

Saya setuju menyertai Big Bang selepas label memutuskan
Hip Hop sebagai muzik asasnya. Sejak itu, saya berpuas hati."




Apakah perbezaan antara Big Bang dengan Group Kpop lain?

"Masa mula2 debut, cuma Big Bang saja satu2 nya group yang buat
dan terbitkan lagu sendiri.
Sekarang ne zaman dah berubah, group Kpop semakin banyak
yang bagus. Jika dibandingkan dengan group lain, kitaorang
menghasilkan lagu sendiri.

Jadi kitaorang lebih faham dengan apa yang ditawarkan
terutamanya sewaktu melakukan persembahan.
Kitaorang jugak tahu apa yang kitaorang nak.
Sebab tu kitaorang mampu menghasilkan muzik yang lebih baik.
Luahan terhadap muzik juga dilakukan berdasarkan diri sendiri
berbanding menyampaikan luahan orang lain."




Boleh terangkan bagaimana GD melakukan proses produksi & menulis lagu??

"Sejak kecil lagi saya menerima tugasan menyiapkan lagu daripada
YG Entertainment. Seminggu saya diminta menyiapkan sebuah lagu.
Semuanya datang daripada saya sendiri sama ada dripada
segi melodi ataupun alat muzik yang dimainkan. Kemudian saya
diminta menyiapkan sebuah lagu dalam tempoh 3 hari. tak lama
selepas tu, tempoh tersebut dipendekkan menjadi dua hari & satu
hari untuk sebuah lagu.

Memandangkan saya dah diajar sebegitu sejak kecil,
proses membuat lagu merupakan satu hal yang mudah. Ia bagaikan
satu hobi pula. Selain itu, saya jugak mempunyai
banyak kemudahan dan bantuan daripada senior seperti Teddy.
Banyak lagu yang dya terbitkan hasilnya daripada saya.
Masa tu saya cuma belajar dan melihat hala tuju lagu sahaja."








"One of a Kind" agak peribadi. Adakah ia dihasilkan berdasarkan pengalaman hidup GD?

"Semua lagu yang terdapat di album kedua ne saya yang hasilkannya.
Ia mempunyai fiksyen yang berbeza dan bercampur. Namun, saya berusaha menulisnya
berdasarkan cerita saya. Saya tak boleh katakan keseluruhannya berdasarkan
pengalaman yang dilalui. Mungkin sebahagian daripadanya
merupakan emosi yang telah saya wujudkan."




Apa pandangan GD tentang fenomena Kpop?? Adakah ia sesuatu yang aneh?

"Saya tak boleh katakan saya tahu semuanya. Saya jugak tak berapa tahu
macam mana ia berfungsi. Di korea, semua orang hanya nampak duit.
Dorang hantar artis yang tak berapa bersedia berdepan dengan pasaran.
Ia ada baik dan buruknya, tapi saya tak begitu bersetuju dengan pendekatan sebegitu.
Baiknya, ia membantu mengembangkan seni muzik & budaya
Korea ke serata dunia. Buruknya, banyak artis wujud tapi tak tahu 
dimana baiknya."




Adakah GD sebahagian daripada Kpop??

"Saya tak rasa saya benci gelaran itu kerana ia akhirnya akan
menjadi muzik pop Korea. Untuk jangka masa yang panjang, saya tak nak dikaitkan
dengan nama itu. Saya tak nak pergi luar negara & kemudian
dikaitkan dengan genre tu.
Saya mahukan gambaran yang lebih luas. Buat masa sekarang ni,
gelaran tersebut mungkin bagus tapi ia akan menahan saya
seperti penjara. Saya cuba berhati2 dengan perkara itu."



GD Bermula sebagai Rapper, kemudian menjadi idola & sekarang bergelar artis.
Mana satu pilihan GD??

"Saya sentiasa mahu menjadi rapper. Saya jugak mahu dikenali sebagai rapper.
Kadang2 saya jugak menyanyi. Saya suka tapi saya lebih suka dikenali
sebagai rapper kerana asal usul saya daripada genre
hip hop & rap. Oleh itu, saya pilih untuk
menjadi rapper."




Sekarang GD dah berjaya sebagai artis solo. Adakaha GD bercadang 
untuk buat Label muzik sendiri??


"Saya dah bersama YG Entertainment sejak kecil lagi.
Saya rasa YG berikan saya tempat yang terbaik untuk muzik.
Saya dah jumpa ramai artis daripada pelbagai negara.
Saya rasa takda tempat yang lebih baik daripada YG. Ia banyak
membantu saya. Malah, YG jugak tak pernah menghalang
artisnya untuk menghasilkan muzik.

Saya jugak tak terfikir nak buat label muzik sendiri.
Saya tak yakin dan tak tahu macam mana nak buat.
Saya bukan usahawan, saya hanyalah seorang artis.
Usahawan & artis cukup berbeza. Artis menghasilkan sesuatu yang
menarik & menikmatinya sepenuh jiwa.

Manakal, usahawan pula ialah rakan kongsi yang memberi peluang.
Kedua2 nya mempunyai sinergi yang baik walaupun berbeza perjalanan."







Aigoooo ~~ ^_^
Penat jari jemari menaip ne..
hehehehe .. Interview part yg aq highlight
kan tu .. adalah part yang aq rasa penting kat situ.
Mana taknyaa.. makin belambak
artis Kpop wujud kat korea tu ..
Tapi rata2 nya genre mereka lebih kurang sama jak.

Kalo google kat tenet sana, macam2
nama2 kpop klua.. sampai aq sendiri
tak hingat laa nama2 group dorg ne.
Mana yg popular dari dulu smpai sekarang aq ingat laa..
Macam Big Bang of course, 2ne1, 2pm, Beast, Sj, GG 
.......
hahahaha .. tak yah sebut banyak2 laa...
hehehehe ..

Orite!
That's all for today!
Thanx for visiting!

Aja Aja Fighting! ~~ ^_^

No comments:

Post a Comment