Tuesday, July 16, 2013

Jang Ok Jung, Live in Love ~~

Annyeong .. :)



Jang Ok Jung, Live in Love ~~~

ini laa tajuk entri aq kali ne..
Disebabkan aq ter'tengok ceta ne di bahagian pertengahan ..
so agak x teratur laa cetanya mcm mna sebenarnya..
Tapi kalo drama korean ne aq cepat tgkap jugak, even dah dipertengahan..
so, dalam pertengahan drama pon, aq maseh bole paham ceta sebenarnya.
Tujuannya bukan laa untuk berkongsi sinopsis korean drama ne..
Aq just nak share pasal cerita cinta yang begitu kuat di antara
Permaisuri Jang Ok Jung & Raja Lee Soon.
 


Cinta mereka mula berputik pada pandangan pertama.. Raja Lee Soon cuba memberi perhatian kepadanya, lalu ingin menjadikan Jang Ok Jung sebagai permaisuri, menggantikan permaisuri lama yang malangnya tidak dapat memberikan zuriat untuk menjadi waris Raja.









Permaisuri lama dijatuhkan takhta
akibat perbuatan Permaisuri Jang Ok Jung yang cuba
melindungi Raja supaya tidak membahagi kasih mereka kepada
orang lain. Lalu Permaisuri Jang Ok Jung & Raja Lee Soon pun dikurniakan seorang 
Putera Mahkota yang sangat comel..








Walau dilanda pelbagai musibah
yang menimpa pemaisuri Ok Jung, Raja Lee Soon tidak pernah
mengabaikan perasaannya yang sangat kuat terhadap isterinya, Permaisuri
Ok Jung.




  
Sehingga kan perbuatan rahsia permaisuri Ok Jung yang
menjatuhkan takhta permaisuri sebelumnya, kerana tidak mahu sesiapa
cuba menghalang cinta mereka .. telah dilindungi ole Raja Lee Soon yang juga ingin bebas bersama permaisuri yang dicintainya.




Dibawah sinaran Bulan mereka berjanji untuk
tidak melepaskan tangan masing2 dan cuba mendapatkan
anak seramai yg bole ..
Aigooooo ~~~ >.<




Sayu hati bila dah nampak lelaki yang cinta
mati dengan perempuan ne kan.. Tak perna sekali
aq tengok laki cinta mati kecuali
orang2 lama kita ne..
Moyang2, Nenek2, ayah mak ... mereka jak
yang maseh menyimpan cinta sejati
kepada pasangan masing2 ..
Sangat berbeza dengan dunia zaman sekarang.



Honestly laa, drama ne sangat menyentuh hati aq, even banyak shot2 yang bikin geram ..
sakit hati .. mara kat orang tu, orang ne .. itu semua pun sebab nak idupkan watak.
Kalo tak, mana sedap nak makan kan kalo nasi bekuah kicap jerr..
Hehehehehe :)




Part lagi best time rakan baik Permaisuri Ok Jung yang bekerja dalam istana
memendam perasaan sayang kepada Permaisuri Ok Jung sebelum
Permaisuri masuk ke dalam istana Joseon. Di kala bersendirian dengan pemaisuri,
lelaki itu tidak dapat menahan rasa kasihnya yg dipendam terlalu lama.

Lalu perbuatannya diketahui oleh Raja Lee Soon dan Raja pun cuba
untuk mencemburui Permaisuri dengan mendekati Gundiknya. Bila dah benda2
macam ne berlaku, so masing2 rasa sakit hati dan cuba merapatkan
diri mereka semula..


Rasa kasih Raja Lee Soon terhadap permaisuri Ok Jung jugak bole dilihat apabila pemaisuri Ok Jung di landa masala dan rakyat ingin menjatuhkan takhta beliau dan menaikkan semula Permaisuri lama.
Even ingin menutupi semua kesalahan ..
Raja Lee Soon menjatuhkan
takhta Permaisuri Ok Jung seperti yang
dipinta ole permaisuri dan menjadikan
Ok Jung sebagai gundiknya.

Raja Lee Soon tidak sesekali ingin mengusir
orang yang dicintainya keluar daripada istana tersebut.

Alangkah hebatnya cinta mereka sehingga tiada sesiapa bisa
menghalang mereka daripada terus bersama.. Aigooo >.< ~~~


Oke .. setakat ini sahaja yang aq dapat sampaikan ..
terlalu mendambakan kasih sayang seorang .. In shaa Allah :)





No comments:

Post a Comment